Kaedah Deposit

Sebenarnya, ada banyak cara untuk membuat deposit ke dalam akaun trading XM anda. Cara yang paling senang dan yang paling popular di kalangan trader dari Malaysia adalah dengan menggunakan Online Bank Transfer.

Adakah anda sudah mempunyai akaun dagangan dengan broker forex XM? Jika belum, anda boleh buka akaun dagangan XM di sini.

XM menawarkan akaun Islamik forex kepada pelanggan yang beragama Islam. Klik akaun Islamik XM untuk info lanjut.

Cara Deposit Dengan Online Bank Transfer

Sila login ke Member Area XM.

Kemudian sila klik butang Deposit di halaman utama seperti dalam gambar di bawah.

Kemudian, pilih kaedah deposit Online Bank Transfer.

Sila pilih nama bank (Maybank, CIMB, RHB BANK) dan jumlah deposit anda, kemudian klik butang Deposit.

Deposit anda akan dikreditkan dalam beberapa minit sahaja.

Pihak XM akan menghantar email pemberitahuan bahawa deposit anda telah dikreditkan supaya anda boleh mula berdagang dengan serta-merta.

Pihak XM tidak akan mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan deposit jika anda menggunakan kaedah deposit melalui online bank transfer.