Kaedah Deposit

Selepas anda sudah membuka akaun trading dengan XM dan membuat pengesahan identiti, anda boleh membuat deposit.

Deposit

Sebenarnya, ada banyak cara untuk membuat deposit ke dalam akaun trading XM anda. Cara yang paling senang dan yang paling popular di kalangan trader dari Malaysia adalah dengan menggunakan local bank transfer.

Court Deposit Local Bank Transfer

Sila login ke Member Area XM.

Kemudian sila klik butang Deposit di halaman utama seperti dalam gambar di bawah.

Kemudian, pilih kaedah deposit Online Bank Transfer.

Sila pilih nama bank dan jumlah deposit anda, kemudian klik butang Deposit.

Deposit anda akan dikreditkan dalam beberapa minit sahaja. Pihak XM akan menghantar email pemberitahuan bahawa deposit anda telah dikreditkan supaya anda boleh mula berdagang dengan serta-merta.

Sila ambil perhatian bahawa pihak XM tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan deposit jika anda menggunakan kaedah deposit melalui local bank transfer.