Jenis Akaun Dagangan XM

Sebelum anda mula perdagangan dengan broker forex XM, anda perlu membuka akaun dagangan sebenar dengan XM. XM menawarkan empat (4) jenis akaun dagangan yang mempunyai tawaran yang berbeza untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan mereka. Akaun dagangan yang ditawarkan adalah akaun Standard, akaun Micro, akaun XM Ultra Low, dan akhir sekali adalah akaun Share. Semua jenis akaun tersebut mempunyai ciri-ciri seperti akaun Islam dan perlindungan baki negatif.

Akaun Standard

Akaun Standard XM ini direka khas untuk pedagang yang menginginkan syarat perdagangan yang standard dengan modal yang rendah. Deposit minimum untuk akaun Standard adalah 5 USD dengan mata wang asas yang tersedia dalam USD, EUR, GBP, JPY, CHF,‎ AUD, HUF, PLN, RUB, SGD dan ZAR. Saiz kontrak untuk akaun ini ialah 1 lot = 100,000 unit dan spread adalah serendah 1 pip. Selain itu, akaun Standard juga tidak mengenakan komisen dan menawarkan perlindungan baki negatif. Akaun Standard merupakan jenis akaun yang paling popular di XM.

Mata Wang AsasUSD, EUR, GBP, JPY, CHF,‎ AUD, HUF, PLN, RUB, SGD, ZAR
Saiz Kontrak1 Lot = 100,000
Leverage1:1 hingga 1:888 ($5 – $20,000)
1:1 hingga 1:200 ($20,001 – $100,000)
1:1 hingga 1:100 ($100,001 ke atas)
Perlindungan Baki NegatifYa
Spread MajorSerendah 1 Pip
KomisenTiada
Pesanan Terbuka / Pending Order Setiap Pelanggan300 posisi
Jumlah Dagangan Minimum0.01 Lot
Sekatan Lot Setiap Tiket50 Lot
HedgingDibenarkan
Akaun IslamPilihan
Deposit Minimum5 USD

Akaun Micro

Akaun Micro direka khas bagi pedagang yang mempunyai modal yang rendah dengan risiko perdagangan yang lebih rendah. Seperti akaun Standard, akaun Micro juga mempunyai deposit minimum serendah 5 USD dengan pilihan mata wang asas dalam USD, EUR, GBP, JPY, CHF,‎ AUD, HUF, PLN, RUB, SGD dan ZAR. Saiz kontrak untuk akaun Micro ialah 1 lot = 1000 unit dan spread pada mata wang yang utama ialah serendah 1 pip. Akaun Micro tidak mengenakan komisen dan menawarkan perlindungan baki negatif.

Mata Wang AsasUSD, EUR, GBP, JPY, CHF,‎ AUD, HUF, PLN, RUB, SGD, ZAR
Saiz Kontrak1 Lot = 1,000
Leverage1:1 hingga 1:888 ($5 – $20,000)
1:1 hingga 1:200 ($20,001 – $100,000)
1:1 hingga 1:100 ($100,001 dan ke atas)
Perlindungan Baki NegatifYa
Spread MajorSerendah 1 Pip
KomisenTiada
Pesanan Terbuka / Pending Order Setiap Pelanggan300 posisi
Jumlah Dagangan Minimum0.1 Lot (MT4)
0.1 Lot (MT5)
Sekatan Lot Setiap Tiket100 Lot
HedgingDibenarkan
Akaun IslamPilihan
Deposit Minimum5 USD

Akaun XM Ultra Low

Akaun XM Ultra Low ini pula direka khas bagi pedagang yang menginginkan kos perniagaan (spread) yang lebih rendah. Deposit minimum untuk akaun XM Ultra Low adalah 50 USD dengan minimum dengan mata wang asas yang tersedia dalam EUR, USD, GBP, AUD, ZAR, dan SGD. Selain itu, jenis akaun ini merupakan akaun yang mempunyai spread yang paling rendah iaitu bermula dari 0.6 pip. Saiz kontrak adalah 1 unit = 100,000 unit untuk akaun ini dan bonus dagangan tidak tersedia dalam akaun ini. Akaun XM Ultra Law ini juga tidak mengenakan komisen dan menawarkan perlindungan baki negatif.

Mata Wang AsasEUR, USD, GBP, AUD, ZAR, SGD
Saiz KontrakStandard Ultra: 1 Lot = 100,000
Micro Ultra: 1 Lot = 1,000
Leverage1:1 hingga 1:888 ($50 – $20,000)
1:1 hingga 1:200 ($20,001 – $100,000)
1:1 hingga 1:100 ($100,001 ke atas)
Perlindungan Baki NegatifYa
Spread MajorSerendah 0.6 Pip
KomisenTiada
Pesanan Terbuka / Pending Order Setiap Pelanggan300 posisi
Jumlah Dagangan MinimumStandard Ultra: 0.01 Lot
Micro Ultra: 0.1 Lot
Sekatan Lot Setiap TiketStandard Ultra: 50 Lot
Micro Ultra: 100 Lot
HedgingDibenarkan
Akaun IslamPilihan
Deposit Minimum50 USD

Akaun Share

Akhir sekali adalah akaun Share atau akaun Saham. Dalam akaun Saham XM, anda boleh melabur dalam saham (saham) sebenar melalui platform XM. Deposit minimum untuk akaun Saham adalah 10,000 USD. Anda boleh melabur dalam saham antarabangsa dan popular di Amerika Syarikat, UK dan Jerman. Semasa berdagang di akaun Saham XM, XM akan memberi anda semua maklumat yang diperlukan seperti Dividen, Pengumuman Perolehan dan Tindakan Korporat.

Mata Wang AsasUSD
Saiz Kontrak1 syer
LeverageTiada Leverage
Perlindungan Baki NegatifYa
Spread MajorSeperti dalam Pertukaran Asas
KomisenAda
Pesanan Terbuka / Pending Order Setiap Pelanggan50 posisi
Jumlah Dagangan Minimum1 Lot
Sekatan Lot Setiap TiketBergantung kepada setiap syer
HedgingTidak dibenarkan
Akaun IslamYa
Deposit Minimum10,000 USD

Itulah empat (4) jenis akaun dagangan yang ditawarkan oleh XM. Anda boleh pilih mana-mana akaun dagangan sesuai dengan keperluan dagangan anda. Saya akan terangkan cara-cara bagaimana buka akaun dagangan dengan broker forex XM di artikel seterusnya.