Anda sedang mencari maklumat tentang Bonus yang ditawarkan oleh XM di Malaysia? Jika betul, anda datang di tempat yang tepat.
XM adalah salah satu broker forex yang terkenal di dunia. Salah satu daya tarikan broker forex ini adalah kerana mereka menawarkan bonus-bonus menarik kepada pedagang (traders) mereka.
Sebagai pedagang forex pula, bonus yang ditawarkan oleh broker adalah satu aspek penting yang boleh meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam perdagangan forex (forex trading). Dalam artikel ini, kita akan meneroka secara terperinci senarai bonus yang disediakan oleh broker forex XM dan bagaimana anda boleh memanfaatkan tawaran ini.
$50 Bonus Dagangan
Salah satu bonus paling menarik yang ditawarkan oleh XM adalah $50 Bonus Dagangan. Bonus ini membolehkan pedagang menguji kualiti pelaksanaan XM pada akaun nyata (live account) tanpa sebarang risiko pelaburan.
Setelah anda menebus bonus ini, jumlah $50 akan dikreditkan terus ke dalam akaun MetaTrader 5 anda untuk kegunaan dagangan. Sebarang keuntungan yang dihasilkan pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Namun, perlu diingatkan bahawa sebarang pengeluaran dana akan menyebabkan sebahagian daripada bonus dagangan anda ditolak.
Siapakah Yang Layak Menuntut?
Bonus ini terbuka kepada semua pedagang yang membuka akaun nyata XM buat kali pertama. Anda mempunyai had masa 30 hari dari tarikh pembukaan akaun untuk menuntut bonus sebelum ia tamat tempoh. Oleh itu, jangan lepas peluang ini dan tebus bonus tersebut sebaik sahaja anda membuka akaun dagangan nyata XM,
Cara Menuntut Bonus Dagangan?
Untuk menuntut bonus ini, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik di sini untuk buka akaun nyata XM (live account).
- Log masuk ke Ruang Keahlian.
- Sediakan dokumen pengenalan yang diperlukan untuk mengesahkan akaun anda.
- Klik butang untuk menuntut bonus anda.
- Lakukan proses pengesahan berdasarkan arahan yang tertera pada skrin.
Klik di sini untuk panduan penuh buka akaun nyata XM dan menuntut $50 Bonus Dagangan.
Bolehkah Bonus Dagangan $50 Ini Dikeluarkan?
Tidak boleh. Anda hanya boleh mengeluarkan keuntungan hasil dari aktiviti dagangan menggunakan bonus deposit tersebut selepas anda memenuhi syarat berikut.
- Berdagang sekurang-kurangnya 5 kali.
- Jumlah lot dagangan terkumpul adalah sebanyak 0.10 standard lot atau 10 micro lot.
Selepas syarat di atas dipenuhi, anda boleh membuat pengeluaran minimum 5 USD untuk e-wallet dan 15 USD untuk online banking. Sila pastikan anda membuat pengeluaran bagi profit sahaja.
Bonus Dua Peringkat
Bagi trader lama pula, jangan risau. Kerana XM menawarkan Bonus Deposit dua peringkat yang memberi anda 50% bonus sehingga $500 atau mata wang setara dan tambahan 20% bonus sehingga mencapai jumlah maksimum bonus gabungan sebanyak $5,000 atau mata wang setara.
Gambar di bawah merupakan contoh bonus yang anda terima berdasarkan jumlah deposit yang anda masukkan.
Bonus ini boleh meningkatkan modal dagangan anda dan memberi anda lebih banyak peluang untuk meraih keuntungan dalam pasaran forex.
Sebagai contoh, jika anda mendeposit sebanyak $1,000, anda akan menerima bonus sebanyak $500 (50%) dan menjadikan jumlah modal dagangan anda adalah sebanyak $1,500. Seterusnya, bonus 20% pula akan dikenakan pada sebarang deposit berikutnya sehingga jumlah maksimum mencapai $5,000.
Bonus ini boleh digunakan untuk berdagang forex dan sebarang keuntungan yang diperoleh boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, perlu diingat bahawa pengeluaran dana akan menyebabkan pengurangan bonus dagangan yang diperoleh secara berkala.Berdagang sekurang-kurangnya 5 kali.
Berikut merupakan syarat yang perlu anda penuhi untuk mengeluarkan keuntungan hasil dari aktivit perdagangan menggunakan bonus ini.
- Jumlah lot dagangan terkumpul adalah sebanyak 0.10 standard lot atau 10 micro lot.
- Tutup semua position yang sedang dibuka untuk dagangan di akaun anda.
Selepas syarat diatas dipenuhi, anda boleh membuat pengeluaran minimum 5 USD untuk kredit atau debit kad dan 15USD bagi online banking.
Bonus deposit ini tersedia secara automatik untuk semua pelanggan (clients) yang mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka, kecuali untuk Akaun Ultra Low Micro dan Ultra Low Standard.
Siapakah Yang Layak Menuntut?
Bonus ini terbuka untuk semua pedagang yang telah pun membuka akaun nyata XM dan melakukan deposit. Jika anda sudah membuka akaun nyata dengan XM, anda bolehlah menebus bonus ini. Sila rujuk terma dan syarat (terms and conditions) terlebih dahulu sebelum anda menebus bonus ini.
Program Rujuk Rakan XM
Sumber gambar: intelligentcarleasing.com
Selain daripada bonus deposit, XM juga menawarkan bonus lain yang disebut sebagai Program Rujuk Rakan XM. Namun, anda tidak akan mendapatkan bonus ini dengan melalukan deposit ke dalam akaun dagangan anda melainkan anda akan menerima bonus atau komisen sekiranya anda memperkenalkan XM kepada pelanggan baru (new tarder).
XM menawarkan Program Rujuk Rakan yang memberi peluang kepada anda untuk memperoleh sehingga $150 bagi setiap rakan yang berjaya dirujuk. Program ini direka untuk memberi ganjaran kepada anda berdasarkan jumlah rakan yang anda jemput untuk menyertai XM.
Kadar Ganjaran Berdasarkan Jumlah Rujukan:
- Rujuk 1-15 Rakan: Dapatkan $80 setiap rakan.
- Rujuk 16-30 Rakan: Dapatkan $100 setiap rakan.
- Rujuk Lebih dari 30 Rakan: Dapatkan $150 setiap rakan.
Program ini memberi ganjaran yang lebih tinggi mengikut jumlah rakan yang berjaya anda rujuk kepada XM. Ini adalah peluang yang baik untuk anda menambah pendapatan sambil membantu rakan-rakan anda memulakan perjalanan mereka dalam pasaran forex.
Kelayakan dan Pengeluaran
Kelayakan: Program ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada XM. Untuk menyertai, anda perlu mempunyai akaun nyata XM yang telah disahkan.
Pengeluaran Ganjaran: Ganjaran daripada program ini akan dimasukkan ke dalam akaun MyWallet anda setiap hari Ahad pada jam 7:00 UTC. Anda boleh mengeluarkan wang tersebut melalui platform MyWallet dalam Ruang Keahlian. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan dan pindahkan ke akaun dagangan anda. Sila ambil perhatian bahawa yuran pertukaran mungkin dikenakan jika mata wang asas akaun anda bukan dalam Dolar Amerika Syarikat (USD).
Program Rujuk Rakan XM memberi ganjaran berdasarkan bilangan rakan yang berjaya dirujuk dan memenuhi syarat. Tiada had dalam jumlah rakan yang boleh anda jemput. Hanya rakan yang berjaya memenuhi syarat akan melayakkan anda untuk menerima ganjaran.
Deposit dan Pengeluaran Percuma
Sumber gambar Stephen Phillips – Hostreviews.co.uk di Unsplash
XM menawarkan kemudahan Deposit dan Pengeluaran Percuma kepada pelanggan mereka. Ini memudahkan transaksi pedagang tanpa sebarang kos tambahan. Semua kaedah pembayaran utama seperti Neteller, Skrill, dan kad kredit utama (VISA, VISA Electron, MasterCard, Maestro, dan China UnionPay) dilindungi di bawah polisi tanpa bayaran atau polisi tanpa syarat XM untuk semua deposit dan pengeluaran.
Polisi Tanpa Bayaran
XM mengamalkan polisi tanpa bayaran untuk deposit dan pengeluaran yang melebihi $200 yang diproses melalui pindahan kawat (wire transfer). Ini bermakna anda boleh membuat transaksi besar tanpa perlu risau tentang sebarang caj tambahan.
Pembiayaan Segera (Instant Transfer)
Kaedah deposit elektronik yang disediakan oleh XM termasuk kad kredit dan dompet elektronik akan diproses secara automatik dan segera. Dana yang dimasukkan melalui kaedah ini akan segera dipaparkan dalam akaun dagangan anda.
Pertandingan Bulanan dengan Hadiah Bernilai $140,000
XM juga menganjurkan pertandingan bulanan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai $140,000 kepada pemenang. Anda boleh bersaing dalam pertandingan dengan akaun nyata atau akaun demo. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pedagang.
Pertandingan Dengan Akaun Nyata
Anda boleh menyertai Pertandingan Dengan Akau Nyata dan tunjukkan kemahiran dagangan anda untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai.
Pertandingan Dengan Akaun Demo
Jika anda ingin bersaing tanpa risiko, anda boleh menyertai Pertandingan Akaun Demo. Gunakan wang maya untuk bertanding dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebenar. Ini membolehkan anda menguji strategi dagangan anda tanpa risiko kewangan.
Kenapa Anda Perlu Sertai Pertandingan XM?
- Menangi Hadiah Wang Tunai: Hadiah yang boleh dikeluarkan memberi anda peluang untuk memperoleh ganjaran yang sebenar.
- Tiada Caj Penyertaan: Penyertaan pertandingan adalah percuma dan tanpa sebarang kos tambahan.
- Uji Kemahiran dan Strategi: Gunakan pertandingan sebagai platform untuk menguji dan memperbaiki kemahiran dagangan anda.
- Bersaing Tanpa Mengira Pengalaman: Semua pedagang, tidak kira tahap pengalaman boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
- Pantau Kedudukan Anda: Lihat kedudukan anda apabila berbanding dengan pedagang yang lain dan tingkatkan prestasi anda.
- Peroleh Pandangan Baharu: Dapatkan idea dan pandangan baru mengenai dagangan dari pengalaman pertandingan.
Kesimpulan
Inilah bonus-bonus yang ditawarkan oleh XM kepada pelanggan mereka. Dari bonus deposit yang menguntungkan, program rujuk rakan, kemudahan deposit dan pengeluaran percuma, hingga pertandingan bulanan dengan hadiah wang tunai, XM menyediakan pelbagai cara untuk meningkatkan potensi perdagangan anda. Dengan memahami dan memanfaatkan tawaran ini, anda boleh memperbaiki strategi dagangan anda dan meraih kejayaan dalam pasaran forex (forex market). Jangan lepaskan peluang ini dan mulakan perjalanan perdagangan anda dengan XM hari ini.