XM Real Account: Panduan Lengkap untuk Memilih Akaun Dagangan XM

Sebelum mula berdagang forex atau trade forex, anda perlu membuka akaun dagangan (trading account) dengan XM. Akaun dagangan ini adalah pintu masuk anda ke pasaran forex yang membolehkan anda membeli dan menjual mata wang dengan harapan untuk mendapat keuntungan daripada perubahan nilai tukaran.

XM, sebagai salah satu broker terkemuka di dunia menawarkan beberapa jenis akaun dagangan yang direka khas untuk memenuhi keperluan pedagang dari pelbagai tahap pengalaman, sama ada anda seorang pemula yang baru ingin mencuba nasib dalam dunia forex atau seorang pedagang profesional yang sudah berpengalaman.

Dengan membuka akaun dagangan di XM, anda bukan sahaja mendapat akses ke pasaran global tetapi juga menikmati syarat dagangan yang kompetitif, platform dagangan yang canggih, dan sokongan pelanggan yang berkualiti. Artikel ini akan membawa anda memahami lebih lanjut tentang ciri-ciri akaun dagangan yang disediakan oleh broker XM.

Akaun Dagangan (Trading Accounts) XM

XM menawarkan beberapa akaun dagangan forex seperti:

Akaun Micro XM

Akaun Micro adalah pilihan yang ideal bagi pedagang baru atau mereka yang ingin berdagang dengan saiz kontrak yang lebih kecil. Berikut adalah ciri-ciri utama Akaun Micro XM:

Akaun Micro ini memberikan fleksibiliti kepada pedagang yang ingin memulakan dagangan dengan modal yang rendah. Dengan leverage sehingga 1000:1, pedagang boleh memanfaatkan modal kecil untuk mengawal saiz posisi yang lebih besar. Akaun ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menguji strategi dagangan dalam persekitaran dagangan sebenar tanpa perlu mengambil risiko yang besar.

2. Akaun Standard XM

Akaun Standard merupakan pilihan yang popular di kalangan pedagang yang sudah berpengalaman dan ingin berdagang dengan saiz kontrak standard. Ciri-ciri utama Akaun Standard XM adalah seperti berikut:

Akaun Standard ini menawarkan saiz kontrak yang lebih besar, iaitu 100,000 unit per lot. Ini membolehkan pedagang untuk berdagang dengan modal yang lebih besar dan mengoptimumkan keuntungan mereka. Dengan deposit minimum yang rendah dan leverage yang tinggi, Akaun Standard XM adalah pilihan yang baik untuk pedagang yang ingin memanfaatkan peluang pasaran dengan modal yang sederhana.

3. Akaun Ultra Low XM

Akaun Ultra Low adalah akaun dagangan yang direka untuk pedagang yang mencari spread yang lebih rendah. Akaun ini sesuai untuk pedagang yang mengutamakan kos dagangan yang lebih rendah. Berikut adalah ciri-ciri Akaun Ultra Low XM:

Dengan spread serendah 0.8 pips, Akaun Ultra Low XM membolehkan pedagang untuk mengurangkan kos dagangan mereka terutamanya bagi mereka yang sering membuka dan menutup posisi dalam jangka masa pendek.

4. Akaun Share XM

Akaun Share adalah akaun yang unik kerana ia direka khusus untuk pedagang yang berminat dalam perdagangan saham individu. Ciri-ciri utama Akaun Share XM adalah seperti berikut:

Akaun Share ini membolehkan pedagang untuk membeli dan menjual saham dari pelbagai bursa saham yang disokong oleh XM. Tanpa leverage, akaun ini memberikan pedagang kawalan penuh terhadap modal mereka yang menjadikannya pilihan yang baik untuk pedagang yang ingin melabur dalam saham dengan pendekatan jangka panjang. Deposit minimum yang lebih tinggi menunjukkan bahawa Akaun Share adalah lebih sesuai untuk pelabur yang serius dan bersedia untuk melabur jumlah yang lebih besar.

Akaun Demo

Selain akaun dagangan nyata, XM juga menyedakan demo account. Akaun demo adalah akaun dagangan simulasi yang disediakan oleh broker seperti XM untuk membolehkan pedagang berlatih dan membiasakan diri dengan pasaran forex tanpa menggunakan wang sebenar. Akaun ini menggunakan dana maya (virtual funds) yang membolehkan pedagang membuka dan menutup posisi, menguji strategi dagangan, serta memahami platform dagangan dalam persekitaran yang selamat dan tanpa risiko kewangan.

Cara Buka Akaun Dagangan Nyata XM

Proses untuk buka akaun dagangan nyata di XM adalah mudah dan cepat. Sebelum mula buka akaun dagangan nyata dengan XM, sila pastikan anda telah pun menyediakan beberapa perkara berikut:

  1. Telefon pintar, laptop, komputer atau tablet
  2. Sambungan internet
  3. Minimum deposit $5
  4. Email (email address) dan nombor telefon untuk pengesahan akaun.
  5. Dokumen pengesahan seperti salinan kad pengenalan, bill utiliti atau lesen memandu.

Selepas anda menyediakan semua perkara di atas, anda boleh mula buka akaun dagangan nyata XM. Anda boleh dapatkan panduan penuh cara buka akaun dagangan nyata XM di sini.

Sila ambil perhatian bahawa setelah anda selesai membuka akaun XM dan membuat deposit, langkah seterusnya yang sangat penting adalah memuat turun perisian dagangan MT4 atau MT5 (MT5 account). Perisian ini adalah platform utama yang akan anda gunakan untuk menjalankan semua aktiviti dagangan forex anda termasuk menganalisis pasaran, membuka dan menutup posisi, serta menguruskan risiko dagangan.

Dengan perisian ini, anda akan mendapat akses kepada pelbagai alat analisis teknikal, carta masa nyata, dan ciri-ciri lain yang diperlukan untuk membuat keputusan dagangan yang bijak dan tepat. Oleh itu, pastikan anda memuat turun dan memasang MT4 atau MT5 pada peranti anda agar dapat memulakan dagangan dengan lancar.

Memilih Akaun yang Tepat untuk Anda

Apabila anda memilih akaun real di XM, penting untuk mempertimbangkan keperluan dagangan anda serta tahap pengalaman dan modal anda. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu anda membuat keputusan:

  • Akaun Micro: Sesuai untuk pedagang baru atau mereka yang ingin berdagang dengan modal yang kecil. Akaun ini memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi dengan saiz kontrak yang lebih kecil dan deposit minimum yang rendah.
  • Akaun Standard: Pilihan terbaik bagi pedagang yang sudah berpengalaman dan ingin berdagang dengan saiz kontrak standard. Akaun ini menawarkan keseimbangan antara leverage, spread, dan saiz kontrak.
  • Akaun Ultra Low: Direka untuk pedagang yang mengutamakan spread yang lebih rendah dan kos dagangan yang rendah. Akaun ini sesuai untuk pedagang yang sering berdagang dalam jangka masa pendek dan ingin memaksimumkan keuntungan mereka dengan kos yang minimum.
  • Akaun Share: Ideal untuk pelabur yang berminat dalam perdagangan saham dan ingin mengawal sepenuhnya pelaburan mereka tanpa menggunakan leverage. Akaun ini memerlukan modal yang lebih besar dan lebih sesuai untuk pelabur yang serius.

Berapa Jumlah Deposit Yang Anda Perlu Ada Untuk Mula Trade Forex?

Salah satu persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru ingin mula berdagang forex ialah berapa jumlah deposit yang diperlukan. Di XM, deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun dagangan adalah serendah $5 atau sekitar RM21.77. Ini bermakna anda boleh mula berdagang dengan jumlah yang sangat kecil. Ini juga memberi peluang kepada pedagang baru untuk mencuba pasaran forex tanpa perlu melabur modal yang besar.

Namun, anda juga boleh mula trade forex dengan deposit yang lebih besar jika anda mempunyai modal lebih daripada $5. Ini kerana, jumlah deposit yang lebih besar boleh memberikan anda lebih banyak fleksibiliti dan peluang dalam perdagangan anda seperti membuka posisi yang lebih besar, risiko “margin call” mungkin lebih rendah dan sebagainya.

Kesimpulan

Akaun dagangan forex adalah asas kepada perdagangan mata wang di pasaran forex. Ia menyediakan semua alat dan ciri yang diperlukan trader termasuk leverage, margin, dan platform dagangan seperti MT4 dan MT5. Oleh itu, pilihlah jenis akaun dagangan yang sesuai dengan keperluan dan gaya dagangan anda.