XM Rebate: Peluang Terbaik Untuk Menjana Pendapatan Tambahan

Rebate atau istilah lainnya cashback, adalah salah satu kelebihan yang selalu menarik perhatian para pedagang forex (forex trader) di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Di XM, rebate ditawarkan melalui Introducing Broker (IB) yang berfungsi sebagai perantara antara broker dan pedagang (trader).

Bagi pedagang, rebate ini adalah cara untuk mengurangkan kos dagangan dan meningkatkan keuntungan mereka secara keseluruhan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci apa itu rebate di XM, bagaimana ia berfungsi, dan bagaimana pedagang boleh memanfaatkannya untuk menjimatkan kos dagangan mereka.

Apa Itu Rebate XM?

Rebate dalam konteks dagangan forex merujuk kepada pembayaran balik sebahagian daripada kos dagangan kepada pedagang. Di XM, IB yang bekerjasama dengan broker menawarkan rebate kepada pedagang yang berdaftar di bawah rangkaian mereka. Apabila pedagang membuka trading account nyata melalui IB, mereka akan layak menerima rebate yang ditetapkan oleh IB berdasarkan jumlah dagangan mereka.

Sebagai contoh, jika seorang pedagang berdagang pasangan mata wang GBP/USD dan spread untuk pasangan ini adalah 15 pip per lot, IB akan memberikan rebates sebanyak $5 USD per lot yang didagangkan. Ini bermakna bahawa walaupun pedagang membayar spread 15 pip, sebahagian daripada kos ini akan dikembalikan kepada mereka dalam bentuk rebate. Oleh itu, kos dagangan mereka akan berkurang. Perkara ini akan menjadikan dagangan pedagang lebih menguntungkan.

Bagaimana Rebate XM Berfungsi?

Rebate XM berfungsi berdasarkan prinsip perkongsian keuntungan antara broker dan IB. XM akan memberi komisen kepada IB setiap kali pelanggan mereka berdagang dan IB kemudiannya akan memberi sebahagian daripada komisen ini kepada pedagang dalam bentuk rebate. Rebate biasanya dikira berdasarkan jumlah lot yang didagangkan oleh pedagang.

Sebagai contoh:

Jika pedagang berdagang 1 lot penuh GBP/USD dengan spread $15, mereka akan menerima rebate sebanyak $5 USD.

Jika mereka berdagang 0.5 lot, rebate akan dikira secara prorata, iaitu $2.50 USD.

Rebate ini akan dikreditkan terus ke akaun dagangan pedagang dan ia boleh digunakan untuk berdagang atau dikeluarkan sebagai tunai.

Kelebihan Rebate Kepada Trader Forex

Rebate memberikan beberapa kelebihan kepada trader forex termasuk:

Pengurangan Kos Dagangan

Kos dagangan seperti spread dan komisen merupakan salah satu faktor besar dalam menentukan keuntungan pedagang. Dengan adanya rebate, pedagang boleh menjimatkan sebahagian daripada kos ini yang seterusnya meningkatkan potensi keuntungan mereka. Contohnya, jika seorang pedagang berdagang secara aktif, kos dagangan mereka akan meningkat dengan cepat. Dengan adanya rebate, mereka dapat mengurangkan kos ini dan mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Meningkatkan Kecairan Akaun

Rebate yang diterima boleh dikreditkan terus ke akaun dagangan dan digunakan untuk meningkatkan kecairan (liquidity) akaun. Ini bermakna pedagang mempunyai lebih banyak dana untuk berdagang yang membolehkan mereka membuka lebih banyak posisi atau meningkatkan saiz dagangan mereka. Dalam kata yang mudah, pedagang mempunyai kuasa yang lebih tinggi untuk berdagang forex kerana mempunyai dana tambahan.

Memudahkan Dagangan Aktif

Bagi pedagang yang berdagang secara aktif seperti scalper atau day trader, rebate merupakan perkara yang penting kerana jumlah dagangan mereka yang tinggi. Lebih banyak mereka berdagang, lebih banyak rebate yang mereka terima yang akhirnya membantu mereka mengurangkan kos dagangan mereka.

Keuntungan Tanpa Risiko Tambahan

Rebate adalah faedah tambahan yang tidak memerlukan pedagang untuk mengambil risiko tambahan. Ia adalah cara pasif untuk menambah keuntungan tanpa perlu mengubah strategi dagangan atau meningkatkan risiko dagangan mereka.

Siapa yang Boleh Mendapatkan Rebate XM?

Semua pedagang yang membuka akaun dagangan nyata melalui Introducing Broker XM layak menerima rebate. IB seperti kami akan menawarkan rebate ini sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami kepada trader yang mendaftar di bawah rangkaian xm.com.my. Namun, sila ambil perhatian bahawa kami hanya akan memerikan rebate kepada mereka yang membuka akaun jenis (account types) Standard dan Micro sahaja.

Namun, adalah penting bagi pedagang untuk memahami terma dan syarat yang berkaitan dengan rebate ini. Setiap IB mungkin mempunyai struktur rebate yang berbeza, bergantung kepada perjanjian mereka dengan XM. Oleh itu, pedagang perlu menyemak syarat-syarat dengan teliti sebelum memilih IB dan mula berdagang.

Kami di xm.com.my menawarkan rebate sehingga 5 USD per lot. Sila ambil perhatian bahawa, laman web ini bukanlah laman web rasmi XM. Kami merupakan IB yang berdaftar di bawah broker forex XM di Malaysia.

Bagaimana Memilih Introducing Broker (IB) yang Terbaik untuk Rebate?

Memilih IB yang menawarkan rebate terbaik adalah penting untuk memastikan bahawa pedagang mendapat faedah daripada dagangan mereka. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:

Jumlah Rebate yang Ditawarkan

Setiap IB mungkin menawarkan jumlah rebate yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah IB mungkin menawarkan rebate sebanyak $5 USD per lot, manakala yang lain mungkin menawarkan lebih atau kurang daripada jumlah ini. Pedagang perlu membandingkan tawaran dari pelbagai IB untuk memastikan mereka mendapatkan jumlah rebate yang paling menguntungkan.

Namun, sila ambil perhatian bahawa tawaran rebate yang terlalu tinggi tidak semestinya baik. Sila pastikan anda membuat semakkan kesahian IB tersebut dahulu sebelum membuka akaun dengan mereka.

Ketelusan dan Reputasi IB

Penting untuk memastikan bahawa IB yang dipilih mempunyai reputasi yang baik dan telus dalam operasi mereka. Pedagang harus memilih IB yang mempunyai ulasan positif dari pedagang lain dan mempunyai rekod pembayaran rebate yang tepat waktu.

Kami di xm.com.my sudah lama berkerjasama dengan broker forex XM. Fokus utama kami adalah membantu trader untuk memulakan perjalan mereka dalam perdagangan forex dengan menyediakan bimbingan dan sokongan seperti rebate tunai.

Sokongan Pelanggan

IB yang baik akan menyediakan sokongan pelanggan yang baik untuk membantu pedagang dengan sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan rebate. Sokongan ini boleh datang dalam bentuk perkhidmatan pelanggan 24/7, panduan dagangan, atau nasihat tentang bagaimana memanfaatkan rebate dengan lebih baik.

Kami di xm.com.my akan sentiasa membantu anda menyelesaikan masalah berkaitan dengan perdagangn anda bersama dengan XM. Anda boleh menghubungi kami melalui borang Hubung Kami yang tersedia di laman web ini pada bila-bila masa sahaja.

Kemudahan Pengeluaran Rebate

Pedagang juga perlu menyemak bagaimana rebate dikreditkan dan bagaimana ia boleh dikeluarkan. Sesetengah IB mungkin mempunyai syarat tertentu untuk pengeluaran rebate, seperti jumlah minimum yang perlu dikumpulkan sebelum pengeluaran boleh dilakukan.

Kami di xm.com.my biasanya akan membayar rebate terus ke dalam akaun dagangan trader yang berdaftar di bawah rangkaian kami. Selepas itu, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan rebate tersebut untuk kegunaan peribadi atau sebagai dana untuk trade forex. Kami tidak mengenakan apa-apa syarat yang lain.

Strategi Untuk Memanafaatkan Faedah Rebate

Untuk memanfaatkan sepenuhnya rebate XM, pedagang boleh menggunakan beberapa strategi berikut:

Dagangan Dengan Volume Tinggi

Memandangkan rebate dikira berdasarkan jumlah lot yang didagangkan, pedagang dengan volume dagangan yang tinggi akan menerima lebih banyak rebate. Oleh itu, pedagang yang sering berdagang seperti scalper atau day trader boleh memanfaatkan rebate ini untuk mengurangkan kos dagangan mereka.

Pilih Pasangan Mata Wang dengan Spread Rendah

Pasangan mata wang dengan spread yang rendah adalah lebih kos efektif untuk didagangkan, terutamanya apabila digabungkan dengan rebate. Pedagang boleh memilih pasangan mata wang utama seperti EUR/USD atau GBP/USD yang biasanya mempunyai spread yang lebih rendah.

Gunakan Rebate untuk Menambah Modal Dagangan

Rebate yang diterima boleh digunakan semula untuk meningkatkan modal dagangan. Ini memberi pedagang lebih banyak ruang kpada trader untuk mengambil peluang dagangan yang menguntungkan tanpa perlu menambah dana tambahan.

Cara Untuk Mendapatkan Rebate di Xm.com.my?

Untuk mendapatkan rebate di bawah rangkaian xm.com.my, anda perlu membuka akaun Standard atau Micro XM melalui pautan khas yang telah kami sediakan. Sila klik butang di bawah untuk membuka akaun dagangan Nyata di bawah rangkaian xm.com.my.

Selepas anda selesai membuka akaun dagangan nyata XM, sila email kami nama penuh dan akaun ID untuk semakkan kami. Selepas itu, wakil dari xm.com.my akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut.

Untuk panduan buka akaun dagangan nyata XM, anda boleh semak di sini.

Kenapa Kami Memilih Untuk Bekerjasama Dengan Broker XM?

XM adalah salah satu broker yang trusted dan terkenal di dunia termasuk Malaysia dengan lebih daripada 10 juta pelanggan dari lebih 190 negara. Selain itu, terdapat banyak sebab kenapa kami memilih untuk bekerjasama dengan XM. Berikut adalah beberapa kelebihan yang menjadikan XM pilihan utama kami:

  • Broker yang trusted: XM mempunyai lebih daripada 10 juta pelanggan yang aktif berdagang di platform mereka. Ini membuktikan bahawa ia adalah pilihan popular di kalangan pedagang dari pelbagai latar belakang.XM beroperasi di bawah XM Global Limited berdaftar di alamat Suite 101, 63 Eve Street, Belize City, Belize.XM Global Limited, berdaftar dengan Financial Services Commission (FSC) di bawah Securities Industry Act 2021 (license number 000261/4) dan Trading Point of Financial Instruments Limited. XM dikawal seila dan diluluskan oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) (licence number 120/10). XM juga merupakan ahli kepada Trading Point Group.
  • Kaedah Pembayaran yang Selamat: Dengan lebih daripada 25 kaedah pembayaran yang selamat, XM memudahkan pelanggan untuk mendepositkan dan mengeluarkan dana dengan cepat dan selamat. Minimum deposit XM juga agak rendah iaitu serendah $5 atau sekitar RM21.67.
  • Platform Dagangan (trading platforms) yang mempunayi pelbagai fungsi: XM menawarkan lebih daripada 10 trading platform dengan pelbagai ciri lengkap, sesuai untuk pelbagai jenis pedagang yang boleh diakses dan dimuat turun melalui telefon pintar, laptor (komputer riba, PC, dan tablet. Selain itu, anda boleh berdagang pelbagai jenis instrument dagangan seperti forex, precious metals, emas dan banyak lagi.
  • Sokongan pelanggan yang baik: XM menyediakan sokongan pelanggan lebih dari 30 bahasa dan perkhidmatan pelanggan dalam tempoh 24 jam 7 hari seminggu. XM memastikan pedagang dari seluruh dunia mendapat bantuan yang mereka perlukan pada bila-bila masa.
  • Perlindungan Baki Negatif: Semua pelanggan XM dilindungi dengan Perlindungan Baki Negatif yang bermakna mereka tidak akan kehilangan wang lebih daripada baki akaun mereka.
  • XM terus diiktiraf sebagai broker yang cemerlang melalui pelbagai anugerah antarabangsa seperti emenangi anugerah “Outstanding Global Forex Broker” dan “Outstanding Customer Service Global” oleh Capital Finance International Magazine, serta “Best FX Service Provider” oleh City of London Wealth Management Awards dan banyak lagi.

Kesimpulan

Rebate XM adalah salah satu cara terbaik untuk pedagang forex mengurangkan kos dagangan mereka dan meningkatkan keuntungan. Rebate bukan sahaja mengurangkan kos dagangan, tetapi juga membantu meningkatkan keupayaan trader untuk berdagang di pasaran forex dan memberikan peluang keuntungan yang lain tanpa risiko tambahan.