Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan XM

Selepas memilih akaun dagangan sebenar, anda perlu buka akaun dan mendaftar dengan broker XM. Berikut merupakan cara-cara untuk buka akaun dagangan dengan broker XM.

Dokumen apa yang perlu disediakan untuk membuka akaun dengan XM?

Sebenarnya, anda boleh memulakan perdagangan tanpa memuat naik dokumen pengesahan anda, tetapi anda perlu mengesahkan akaun anda dengan memuat naik dokumen pengesahan untuk mengeluarkan/withdraw dana.

Untuk mengesahkan akaun dagangan sebenar anda dengan XM, anda perlu menyediakan dua jenis dokumen sokongan:

  1. Identification Document / Bukti Pengenalan Diri
    • Kad pengenalan diri
    • Passport
    • Lesen memandu
    • atau dokumen pengenalan rasmi lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  2. Proof of Address / Bukti Kediaman
    • Bill utiliti seperti bill air, bill elektrik dan bill telefon.
    • Penyata bank

Dokumen pengesahan mestilah bertarikh enam (6) bulan terakhir dan menunjukkan alamat kediaman anda yang sebenar.

Bagaimana cara untuk buka akaun dagangan sebenar XM?

Untuk memulakan perdagangan Forex dengan XM, anda hanya perlu melengkapkan proses pendaftaran akaun sebenar yang mudah, mengemukakan/memuat naik bukti pengenalan dan bukti alamat.

Anda boleh terus ke halaman pembukaan akaun XM dari bawah.

Langkah 1

Sila isi nama maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan email.

Selain itu, anda juga perlu pilih platform dagangan anda sama ada MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5) dan juga jenis akaun dagangan anda (Standard, Micro, Ultra Low Standard, Ultra Low Micro).

Selepas itu, sila tanda ruang Confirmation. Kemudian klik butang Proceed To Step 2.

Langkah 2

Sila isi tarikh lahir anda, alamat kediaman dan maklumat akaun dagangan anda seperti leverage dan mata wang asas.

Sila pilih “Yes, I wish to receive the bonus” jika anda ingin menerima 30 USD Trading Bonus daripada XM.

Di bahagian ini juga, anda perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan perdagangan anda.

Langkah 3

Seterusnya, anda perlu mengesahkan akaun dagangan sebenarnya.

  • Sila sahkan email anda. Pengesahan email biasanya akan dihantar melalui email yang anda telah masukkan. Sila login ke email anda dan sahkan email yang dihantar oleh XM.
  • Login ke Member Area anda. Sila guna MT4 ID dan password anda untuk login ke Members Area.
  • Sahkan akaun anda. Sila muat naik dokumen pengesahan akaun anda seperti yang saya terangkan di awal tadi.
  • Download / Muat turun MT4 atau MT4 di telefon pintar atau komputer anda.

Langkah 4

Selepas semuanya selesai, sila deposit akaun dagangan sebenar anda dan mula berdagang forex. Sila rujuk di sini untuk cara deposit.