Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan XM

Proses buka akaun dagangan XM tidak susah, ianya mudah sahaja.

Sila ikut langkah-langkah di bawah ini jika anda mahu membuka akaun dagangan dengan XM.

XM menawarkan akaun Islamik forex kepada pelanggan yang beragama Islam. Klik akaun Islamik XM untuk info lanjut.

Dokumen Pengesahan Yang Perlu Disediakan

Untuk mengesahkan akaun trading anda dengan XM, anda perlu menyediakan dua jenis dokumen sokongan iaitu:

  1. Identification Document / Bukti Pengenalan Diri (pilih satu sahaja)
  • Kad pengenalan diri
  • Passport
  • Lesen memandu
  • atau dokumen pengenalan rasmi lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  1. Proof of Address / Bukti Kediaman (pilih satu sahaja)
  • Bill utiliti seperti bill air, bill elektrik dan bill telefon.
  • Penyata bank

Dokumen pengesahan mestilah bertarikh enam (6) bulan terakhir dan menunjukkan alamat kediaman anda yang sebenar.

Cara Buka Akaun Dagangan Sebenar XM?

Saya akan terangkan langkah-langkah bagaimana cara untuk buka akaun trading dengan broker XM.

Langkah 1

Klik butang “BUKA AKAUN XM” di bawah ini untuk buka akaun trading XM.

Langkah 2

Sila isi nama maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan email.

Pada bahagian ini, anda juga perlu memilih platform dagangan anda sama ada MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5) dan juga jenis akaun dagangan anda (Standard, Micro, XM Ultra Low).

Trading platform yang disarankan: MT4

Selepas itu, sila tanda ruang Confirmation. Kemudian klik butang Proceed To Step 2.

Langkah 3

Pada bahagian Langkah 3, anda perlu memasukan maklumat peribadi anda seperti tarikh lahir, alamat kediaman dan maklumat akaun dagangan anda seperti leverage dan mata wang asas.

  • Mata wang asas: USD
  • Leverage yang disarankan: 1:500

Sila pilih “Yes, I wish to receive the bonus” jika anda ingin menerima bonus daripada XM.

Di bahagian ini juga, anda perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan perdagangan anda.

Akhir sekali, sila cipta kata laluan akaun trading anda. Kemudian, klik Confirmation dan klik butang “Next”.

Langkah 4

Pada bahagian ini, anda perlu mengesahkan akaun trading XM anda. Caranya mudah sahaja.

Pertama, sila sahkan email anda. Pengesahan email biasanya akan dihantar melalui email yang anda telah gunakan untuk buka akaun trading XM. Sila semak email anda dan sahkan email yang dihantar oleh XM.

Kemudian, anda akan dibawah terus ke Member Area anda. Sila guna MT4 ID dan password anda untuk login ke Members Area.

Sila muat naik dokumen pengesahan akaun anda seperti yang saya terangkan di awal tadi. Klik menu bersebelahan dengan nama anda dan pilih Upload Document. Kemudian sila muatnaik dokumen sokongan anda.

Selepas semuanya okay, klik butang “Upload Your Documents” untuk menghantar dokumen anda.

Akaun anda kemudian akan disahkan oleh pihak XM dalam tempoh 24 jam, tetapi biasanya ia mengambil masa beberapa minit sahaja.

Pemberitahuan pengesahan akaun trading XM anda akan dihantar melalui email.

Anda juga sudah boleh download / muat turun platform dagangan MT4 atau MT5 di telefon pintar atau komputer anda.

Akaun Islamik

Jika anda ingin membuka akaun Islamik, caranya mudah sahaja. Anda perlu buka akaun trading seperti biasa. Sila ikut langkah-langkah di atas kemudian sila sahkan akaun anda. Selepas akaun anda disahkan, sila hantar permintaan untu Akaun Islamik di member area.

Deposit

Selepas semuanya selesai, sila deposit akaun dagangan sebenar anda dan mula berdagang forex. Sila rujuk di sini untuk cara deposit.