XM No Deposit Bonus: Memulakan Perdagangan Tanpa Risiko

Dalam dunia perdagangan forex, banyak broker menawarkan pelbagai jenis insentif untuk menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada mereka. Salah satu tawaran yang amat menarik adalah Bonus Dagangan tanpa deposit. Salah satu broker forex yang menawarkan bonus ini adalah broker forex XM. Artikel ini akan membincangkan tentang apa sebenarnya XM no deposit bonus ini, siapa yang layak untuk menerima dan bagaimana cara menuntutnya.

Siapa XM?

XM adalah salah satu broker forex terkenal di Dunia yang beroperasi di peringkat global. Ditubuhkan pada tahun 2009, XM telah membangun reputasi sebagai broker yang boleh dipercayai dan inovatif dalam industri perdagangan forex dan CFD. XM menyediakan pelbagai jenis instrumen kewangan termasuk pasangan mata wang, komoditi, indeks, dan saham.

Broker forex XM beroperasi di bawah XM Global Limited dengan alamat berdaftar di Suite 101, 63 Eve Street, Belize City, Belize. XM Global Limited berdaftar dengan Financial Services Commission (FSC) di bawah Securities Industry Act 2021 (license number 000261/4) dan Trading Point of Financial Instruments Ltd, dibenarkan dan dikawal oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) (licence number 120/10), dan merupakan ahli Trading Point Group.

XM No Deposit Bonus

XM No Deposit Bonus adalah tawaran promosi dari XM yang membolehkan anda menerima wang atau kredit percuma ke dalam akaun dagangan anda tanpa perlu membuat sebarang deposit awal. Ini bermaksud anda boleh mula berdagang dengan modal tambahan yang diberikan oleh XM tanpa perlu menggunakan wang anda sendiri. Untuk broker XM sendiri pula, mereka menawarkan bonus tanpa deposit yang dipanggil sebagai $50 Bonus Dagangan.

$50 Bonus Dagangan

$50 Bonus Dagangan atau $50 Bonus Trading adalah satu bentuk promosi yang ditawarkan oleh XM kepada pedagang yang baru membuka akaun nyata (live trading account). Sebelum ini, $50 Bonus Dagangan dikenali sebagai $30 No Deposit Bonus. Namun XM telah pun menaikkan jumlah bonus tersebut dari $30 ke $50.

Bonus ini membolehkan anda menguji kualiti pelaksanaan dagangan XM tanpa perlu membuat sebarang pelaburan awal. Apabila anda menuntut bonus ini, jumlah $50 akan dikreditkan terus ke dalam platform MetaTrader 5 anda. Dengan adanya bonus ini, anda dapat membuat dagangan sebenar tanpa risiko kehilangan modal peribadi anda.

Salah satu kelebihan utama $50 Bonus Dagangan adalah kemampuannya untuk membolehkan pedagang menguji platform dagangan XM secara langsung. Ini memberi peluang kepada pedagang untuk menilai kualiti pelaksanaan dan perkhidmatan pelanggan mereka.

Adakah $50 Bonus Dagangan Boleh Di Keluarkan?

Sila ambil perhatian bahawa $50 Bonus Dagangan ini tidak boleh dikeluarkan. $50 Bonus Dagangan ini hanya boleh digunakan sebagai modal anda untuk berdagang forex. Anda hanya boleh mengeluarkan keuntungan yang dihasilkan daripada aktiviti dagangan menggunakan bonus deposit tersebut setelah anda memenuhi syarat berikut:

  • Melakukan sekurang-kurangnya 5 transaksi dagangan.
  • Jumlah lot dagangan terkumpul mestilah sekurang-kurangnya 0.10 lot standard atau 10 lot mikro.

Setelah syarat-syarat ini dipenuhi, anda boleh membuat pengeluaran minimum sebanyak 5 USD untuk e-wallet dan 15 USD untuk perbankan dalam talian. Pastikan anda hanya mengeluarkan keuntungan (profit) sahaja, bukan bonus asal.

Sila ambil perhatian bahawa, jika anda membuat pengeluaran dana dari akaun anda, sebahagian daripada bonus dagangan akan ditolak.

Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana $50 Bonus Dagangan akan dikurangkan secara berkadar dari akaun dagangan anda apabila anda membuat pengeluaran.

Siapakah Yang Layak Menuntut $50 Bonus Dagangan?

$50 Bonus Dagangan ini terbuka kepada semua pedagang yang membuka akaun nyata XM buat kali pertama. Promosi ini adalah cara XM untuk memperkenalkan trader kepada platform dagangan mereka dan memberi peluang untuk menikmati pengalaman dagangan sebenar tanpa risiko. Di sesetengah kawasan, promosi ini mungkin terhad atau berbeza, jadi adalah lebih baik anda menyemak terma dan syarat yang berkaitan di kawasan anda.

$50 Bonus Dagangan juga mempunyai had masa untuk menebusnya. Anda perlu menuntut bonus ini dalam masa 30 hari dari tarikh pembukaan akaun anda. Selepas tempoh ini, tawaran bonus akan tamat dan anda tidak akan dapat menuntutnya lagi. Oleh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini dan menuntut bonus anda secepat mungkin selepas membuka akaun.

Cara Menuntut $50 Bonus Dagangan

Proses menebus $50 Bonus Dagangan mudah sahaja. Sila ikut langkah-langkah di bawah ini.

Buka Akaun Nyata

Langkah pertama ialah membuka akaun nyata di laman web XM. Proses ini biasanya memerlukan anda untuk mengisi borang pendaftaran dan memberikan maklumat asas peribadi. Klik di sini untuk buka akaun nyata XM.

Untuk panduan cara buka akaun nyata XM, anda boleh rujuk di sini.

Log Masuk ke Ruang Keahlian

Setelah akaun anda dibuka, sila log masuk ke ruang keahlian XM. Ini akan membolehkan anda mengakses kawasan khusus di laman web XM di mana anda boleh menguruskan akaun dagangan anda.

Sediakan Dokumen Pengenalan

Sebelum menuntuk bonus ini, anda perlu mengesahkan akaun dagangan anda terlebih dahulu. Untuk mengesahkan akaun anda, anda mungkin perlu menyediakan dokumen pengenalan seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu atau pasprot. Jika anda belum melengkapkan proses ini, pastikan anda melakukannya sebelum menuntut bonus ini.

Klik Butang untuk Menuntut Bonus

Setelah akaun anda disahkan, cari butang atau pilihan untuk menuntut bonus dagangan dalam ruang keahlian anda dan klik pada butang tersebut.

Lakukan Proses Pengesahan

Sebagai langkah terakhir, anda perlu mengikuti arahan pada skrin untuk melakukan proses pengesahan. Kod pengesahan biasanya akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan. Sila isi kod tersebut ke dalam ruang yang diberikan untuk pengesahan.

Ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan dan kesahian permohonan bonus anda.

Kenapa Kita Perlu Memilih Broker yang Menawarkan Bonus Tanpa Deposit?

Memilih broker yang menawarkan bonus tanpa deposit merupakan langkah yang bijak terutama bagi pedagang yang baru memulakan perjalanan dalam dunia forex. Berikut adalah beberapa sebab mengapa bonus tanpa deposit ini penting dan mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk memilih broker yang menawarkannya.

1. Meminimumkan Risiko Kewangan

Salah satu sebab utama untuk memilih broker yang menawarkan bonus tanpa deposit adalah untuk meminimumkan risiko kewangan. Dengan bonus ini, anda boleh mula berdagang tanpa perlu melaburkan wang anda sendiri. Ini bermakna, walaupun anda mengalami kerugian anda tidak akan kehilangan modal peribadi anda. Ini adalah cara yang selamat untuk belajar dan memahami selok-belok perdagangan forex sebelum anda mula melibatkan modal sebenar.

2. Menguji Platform dan Perkhidmatan Broker

Bonus tanpa deposit memberi anda peluang untuk menguji platform dagangan broker serta perkhidmatan yang ditawarkan. Anda boleh menilai kualiti pelaksanaan dagangan, kelajuan transaksi, dan keberkesanan alat analisis yang disediakan oleh broker. Ini membolehkan anda membuat keputusan yang lebih baik sama ada broker tersebut sesuai dengan keperluan dan strategi dagangan anda.

3. Meningkatkan Keyakinan dalam Dagangan

Bagi pedagang baru, keyakinan dalam membuat keputusan dagangan adalah sangat penting. No Deposit Bonus memberikan anda peluang untuk berdagang dalam pasaran sebenar tanpa tekanan kehilangan wang anda sendiri. Pengalaman ini boleh membantu membina keyakinan anda dalam menganalisis pasaran, menguruskan risiko, dan melaksanakan dagangan dengan lebih baik.

4. Potensi untuk Menghasilkan Keuntungan Tanpa Pelaburan

Walaupun bonus ini diberikan tanpa deposit awal, keuntungan yang anda peroleh daripada dagangan menggunakan bonus tersebut adalah nyata dan boleh dikeluarkan (setelah memenuhi syarat tertentu). Ini memberi peluang kepada anda untuk menjana keuntungan tanpa sebarang pelaburan awal. Ia adalah satu cara yang menarik untuk mengembangkan modal dagangan anda secara percuma.

5. Menggalakkan Pembelajaran Praktikal

Dengan XM no deposit bonus, anda dapat mempraktikkan apa yang telah anda pelajari dari akaun demo ke dalam persekitaran dagangan sebenar. Walaupun akaun demo berguna untuk latihan namun berdagang dengan akaun sebenar yang melibatkan wang memberi pengalaman yang lebih nyata dan membolehkan anda memahami bagaimana emosi dan psikologi boleh mempengaruhi keputusan dagangan.

Tips dan Trik untuk Memilih Broker dengan Bonus Tanpa Deposit yang Terbaik

Walaupun banyak broker yang menawarkan bonus tanpa deposit di luar sana, tidak semestinya semua broker tersebut boleh dipercayai. Memilih broker yang menawarkan bonus tanpa deposit memerlukan penelitian yang teliti. Tawaran ini mungkin kelihatan menarik tetapi penting untuk memastikan bahawa anda membuat pilihan yang tepat. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda dalam proses pemilihan broker forex.

1. Semak Terma dan Syarat

Setiap broker yang menawarkan bonus tanpa deposit akan menetapkan terma dan syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk membaca dan memahami semua terma dan syarat yang berkaitan. Ini termasuk:

  • Keperluan Pengesahan Akaun: Adakah anda perlu menyediakan dokumen pengenalan tambahan?
  • Keperluan Dagangan: Berapa banyak lot yang perlu anda dagangkan sebelum anda boleh mengeluarkan keuntungan?
  • Had Masa: Adakah terdapat tempoh masa tertentu untuk menuntut bonus atau memenuhi syarat dagangan?

Memahami syarat-syarat ini adalah penting kerana ia membantu anda mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini dan memastikan bahawa anda boleh memanfaatkan bonus tersebut sepenuhnya.

2. Kepastian Reputasi Broker

Reputasi broker adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan. Broker yang mempunyai reputasi baik biasanya mematuhi peraturan industri dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk menilai reputasi broker anda perlu:

  • Baca Ulasan Pelanggan: Ulasan daripada pedagang lain boleh memberi gambaran tentang pengalaman mereka dengan broker tersebut.
  • Semak Lesen dan Peraturan: Pastikan broker tersebut dilesenkan dan dikawal selia oleh badan pengawas yang dikenali, seperti CySEC, FCA, atau ASIC. Ini menjamin bahawa broker beroperasi mengikut piawaian industri yang ketat.
  • Perhatikan Sejarah Broker: Broker yang telah lama beroperasi dalam industri dan mempunyai rekod prestasi yang kukuh dan lebih cenderung untuk menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

3. Bandingkan Tawaran Bonus

Tidak semua bonsu tanpa deposit adalah sama. Jumlah bonus dan syarat pengeluaran boleh berbeza-beza antara broker. Oleh itu, anda perlu membandingkan tawaran-tawaran yang ada sebelum membuat keputusan. Pertimbangkan perkara berikut:

  • Jumlah Bonus: Sesetengah broker menawarkan bonus yang lebih besar daripada yang lain. Walaupun jumlah yang besar mungkin kelihatan menarik tetapi sila pastikan syarat dagangan yang dikenakan adalah wajar.
  • Syarat Pengeluaran: Ada broker yang memerlukan anda untuk memenuhi syarat dagangan yang ketat sebelum anda boleh mengeluarkan keuntungan. Pastikan anda memilih tawaran yang seimbang antara jumlah bonus dan syarat pengeluaran.
  • Tempoh Masa Penggunaan Bonus: Sila semak sama ada terdapat had masa untuk menggunakan bonus tersebut. Sesetengah broker mungkin memberikan masa yang lebih singkat yang boleh menjadi satu cabaran bagi pedagang baru.

Kesimpulan

$50 Bonus Dagangan daripada XM adalah peluang yang sangat baik bagi pedagang baru (new clients) untuk memulakan dagangan mereka tanpa risiko kewangan. Dengan bonus ini, anda boleh menguji platform XM dan membuat keputusan yang lebih baik sama ada platform dagangan XM ini sesuai dengan gaya perdagangan anda tau tidak. Pastikan anda mematuhi syarat-syarat dan had masa yang ditetapkan untuk memanfaatkan tawaran ini sepenuhnya.